Pengguna
  • 6.8
  •  
Softonic
  • 9
  •  
Lesen:
Versi percubaan
Bahasa:
Bahasa Inggeris
OS:
  • Windows 98 SE
  • Windows XP
  • Windows 2003
  • Windows Vista
  • Windows 7
  • Windows 8
Versi terbaru:
1.92010-09-21
Muat turun bulan lepas:
15,685,901
Saiz:
0.64 MB
Pembangun:

Permainan kotak pasir kreativiti dan survival

Minecraft ialah permainan kotak pasir yang kreatif, anda boleh membina struktur dan gua yang besar untuk bermain. Ia permainan yang nampak mudah melibatkan membina dan terus hidup. Anda boleh memuat turun klien permainan Minecraft percuma di sini, tetapi memerlukan akaun berbayar di Minecraft.net untuk mula bermain. Anda boleh bermain Minecraft Classic percuma, walaupun cirinya tidak sebanyak ciri-ciri versi sekarang.

Bagaimana mahu bermula dengan Minecraft

Dunia Minecraft anda dijana secara rawak, dan anda tiba-tiba berada di bumi yang dikelilingi air, dengan gunung, lembah, pokok-pokok dan haiwan. Tidak begitu jelas apa yang perlu dilakukan kecuali meneroka tetapi apabila matahari terbenam, raksasa akan muncul, yang akan membunuh anda. Mustahil untuk hidup di tempat terbuka, jadi anda perlu membina tempat perlindungan untuk bersembunyi pada malam yang pertama. Berikut ialah panduan.

Mengumpul kayu dari hutan, arang batu dan batu dari cenuram, anda perlu menggunakan inventori anda untuk mencipta alat, papan dan banyak lagi. Sebaik sahaja anda tahu caranya, melombong dan membina menjadi lebih cepat, dan anda boleh membina struktur yang menarik.

Alam Minecraft

Alam baru telah ditambah pada Minecraft, yang membolehkan perjalanan lebih cepat melalui dunia yang luas. Dipanggil The Nether, ia seolah-olah neraka, penuh dengan lava yang mengalir dan raksasa. Anda boleh mengakses The Nether menggunakan portal diperbuat daripada Obsidian yang anda lombong. Tambahan lagi, apabila anda mencipta dunia Minecraft baru, ia kini akan menjadi lebih pelbagai, dengan 'biome' landskap yang berbeza, seperti padang pasir, tundra dan salji. NPC (watak-watak bukan pemain) kini berkeliaran di kampung-kampung, yang boleh berfungsi sebagai perlindungan awal waktu malam anda, jika anda jumpa!

Versi 1.0 mempunyai beberapa perubahan kosmetik yang menarik, termasuk pek tekstur HD, pencahyaan obor yang lebih baik dan matahari terbenam dan terbit yang lebih cantik! Pelancar permainan juga kelihatan lebih baik. Kini ada 'Creative Mode', yang membuat anda kebal, memberikan anda sumber yang tidak terhad, membolehkan anda terbang, dan mara laju/ulang semula masa! Mod ini sesuai untuk pemain yang hanya mahu terus bermain dan membina struktur menarik, tanpa perlu bimbang untuk terus hidup.

Minecraft ialah permainan rekacipta kotak pasir hebat yang kena dengan tajuknya. Ciptaan anda di dalamnya hanya dihadkan oleh imaginasi dan masa anda!

Bagus
  • Dunia yang luas untuk diteroka
  • Banyak kebebasan
  • Benar-benar kreatif
Tidak bagus
  • Isu kadar bingkai sekali-sekala

Muat turun: Paling Banyak Permainan pengembaraan

  1. PES 2012

    Sim bolasepak yang pintar dan cantik dilihat

  2. Plants vs. Zombies
  3. Need for Speed Underground 2
  4. Minecraft
  5. FIFA 13